Sunday, November 14, 2010

DAUN BIDARA



Nama saintifik Ziziphus mauritiana

Daun pokok bidara selalu digunakan ketika memandikan jenazah bagi orang Islam. Selepas menghilangkan najis dari tubuh mayat, jenazah akan dimandikan tiga kali. Mandian pertama ialah dengan air yang dicampur daun bidara. Penggunaan daun bidara itu bukan merupakan kepercayaan tradisi sebaliknya sunah daripada Rasulullah sendiri.
Daunnya juga disunatkan untuk digunakan ketika mandi wajib bagi wanita yang baru suci daripada haid. Dari ‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha bahawa Asma’ binti Syakal Radhiyallahu ‘Anha bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam tentang mandi haidh, maka beliau bersabda (maksudnya):
“Salah seorang di antara kalian (wanita) mengambil air dan sidrahnya (daun pohon bidara) kemudian dia bersuci dan membaguskan bersucinya, kemudian dia menuangkan air di atas kepalanya lalu menggosok-gosokkannya dengan kuat sehingga air sampai pada kulit kepalanya, kemudian dia menyiramkan air ke seluruh badannya, lalu mengambil sepotong kain atau kapas yang diberi minyak wangi kasturi, kemudian dia bersuci dengannya. Maka Asma’ berkata: “Bagaimana aku bersuci dengannya?” Beliau bersabda: “Maha Suci Allah” maka ‘Aisyah berkata kepada Asma’: “Engkau mengikuti (mengusap) bekas darah (dengan kain/kapas itu).” (Hadith Riwayat Muslim)

DAUN BIDARA BERKHASIAT DALAM RAWATAN GANGGUAN JIN

Pilih daun bidara yang segar, tidak dirosakkan serangga atau haiwan. Bersihkan.

1) Ramas dengan tangan 7 helai daun bidara kampung dan masukkan pada sebaldi air paip.

2) Bacakan al fatehah 1x,kursi 7x,al falaq 7x dan an nas 7x lalu tiup sehalus jarum sehingga habis nafas pada air tadi.

3)     Biarkan ramasan daun jatuh/mendak ke dasar baldi.   Minum air tadi sebanyak satu sudu (paling baik air tersebut diambil dengan tapak tangan) dan pastikan air tersebut jernih (tiada saki baki daun pada air yang akan diminum). 

4) Lakukan mandian bilasan terakhir tanpa lap pada waktu asar keatas selama 3 hari berturut-turut.
 

InsyaAllah sembuh...

Daun bidara boleh juga diguna untuk merawat gangguan emosi dan penyakit saraf.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...