Saturday, October 30, 2010

Khasiat Betik


Malaysia merupakan negara tropika yang kaya dengan hasil buah-buahan yang pelbagai. Salah satu dari kepelbagaian buah-buahan tropika yang terdapat di negara kita adalah betik. Tahukah pembaca sekelian bahawa betik berasal dari Mexico & Amerika Selatan, tetapi sekarang ianya boleh di dapati di seluruh dunia yang beriklim tropika.

Betik mudah didapati di Malaysia dan ianya selalu dijadikan pencuci mulut di rumah, hotel, malah jamuan makan di mana-mana tempat sekali pun. Betik juga senang dibeli di gerai-gerai buah dan harganya tidaklah berapa mahal dan berpatutan.

Nilai Nutrisi

Nilai nutrisi betik mentah (1 cawan atau 140g) adalah kaya dengan vitamin A (1513IU), vitamin C (86.5mg), vitamin E (1 mg), serat (3g), gula (8g) dan air manakala dapat memberi kalori sebanyak 55. Keterangan lanjut nilai nutrisi betik boleh dilihat melalui link http://nutritiondata.self.com/facts/fruits-and-fruit-juices/1985/2.

Khasiat

Terdapat banyak link yang boleh kita lihat yang menceritakan khasiat pengambilan betik, di antaranya adalah yang dipaparkan di bawah ini. Semoga kita semua mendapat manfaat dari apa yang terkandung di dalamnya.

Betik mengandungi antioksidan

Salah satu khasiat memakan betik adalah ianya membantu mencegah kanser. Betik kaya dengan antioksidan yang diperlukan oleh tubuh dalam melawan sel penyebab kanser. Vitamin C, E dan beta karotin adalah antioksidan yang boleh mencegah sebarang jenis kanser. Jadi dengan menambah betik sebagai hidangan harian dalam diet boleh mengurangkan risiko pembiakkan kanser.


Betik berguna dalam rawatan gangguan usus

Betik mengandungi sumber enzim proteolitik yang sangat baik, enzim ini sangat penting dalam pencernaan makanan. Enzim proteolitik yang terdapat dalam betik adalah papain. Papain memecahkan protein dalam makanan dan menjadi sistem pencernaan lebih baik. Papain iaitu sejenis enzim pencernaan diguna untuk merawat individu yang mempunyai masalah fibrosis sistik atau masalah pankreatik, membekalkan mereka dengan apa yang tidak dapat mereka hasilkan secara semulajadi. Tabiat memakan betik juga memberi manfaat kerana papain yang diambil secara oral merawat gangguan usus yang serius seperti kekembungan dan ketidakboleh-hadaman yang kronik. Dalam kes-kes tertentu papain diekstrak, dikeringkan dan dijual dalam bentuk tablet.


Betik meningkatkan sifat kelakian

Antara khasiat lain betik adalah meningkatkan sifat-sifat kelakian. Betik mengandungi enzim disebut arginin yang diketahui dalam komuniti perubatan iaitu ianya boleh meningkatkan pengaliran darah di sekitar penis. Arginin meningkatkan asid nitrik dalam badan bagi merehatkan otot-otot di sekitar salur darah yang membekalkan darah ke penis. Salur darah ini kemudiannya mengembang dan meningkatkan aliran darah. Kandungan arginin yang lebih tinggi berguna dalam merawat ketidakfungsian eraktil.


Betik mencegah penuaan pra-matang

Ramai pengamal perubatan alternatif percaya bahawa salah satu dari manfaat betik adalah mengawal penuaan pra matang. Betik membantu tubuh dalam penghadaman makanan dengan lebih baik dan apabila proses ini berlaku, tubuh akan kekal bersemangat dan bertenaga lebih lama.


Betik sebagai pembersih

Ambil 150ml jus betik, jus timun dan jus kacang hijau secara berganti-ganti (1 jam) selama 12 jam boleh memberi manfaat kepada kesihatan kolon. Jus-jus ini berpotensi bertindak sebagai pembersih semulajadi apabila ianya digabungkan.

Betik juga kaya dengan serat (fiber), yang mana boleh melalui tubuh badan dan mengikat sendiri kepada toksin penyebab kanser dalam kolon. Serat dalam betik akan mengeluarkan toksin ini dan dapat membantu dalam mencegah kanser kolon, disebabkan kandungan antioksidan dan serat nya yang tinggi.


Betik mencegah serangan jantung dan strok

Antioksidan dalam betik dapat menghalang kolesterol dari teroksida. Apabila kolesterol teroksida, ia akan menghasilkan plag dalam dinding salur darah yang akhirnya menyebabkan serangan jantung atau strok.

Serat juga diketahui boleh menurunkan paras kolesterol. Serat dalam betik menukarkan bahan yang dipanggil homosistein kepada amino asid yang memudaratkan, yang mana tubuh boleh proses tetapi tanpa pemecahan, homosistein akhirnya berupaya merosakkan dinding salur darah sehingga boleh menyebabkan strok atau serangan jantung.


Betik merawat inflamasi/radang

Papain dan kimopapain, enzim penghadaman protein yang terdapat dalam betik menurunkan inflamasi dan memperbaiki pemulihan dari terbakar. Papain memecahkan protein tak aktif dalam kulit, mennyingkirkan tisu mati dari terbakar. Khasiat ini boleh membantu dalam pemulihan kecederaan kulit, meringankan penyakit psoriasis, menyingkirkan kutil, merawat kurap jenis "ringworms" dan "cold sores".

Vitamin C, E dan beta karotin adalah baik dalam menurunkan inflamasi dan nutrien ini berguna untuk merawat asma (lelah), osteoarthritis, dan atritis rheumatoid di kalangan banyak jenis penyakit inflamasi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...