Saturday, March 3, 2012

Sistem imuniti badan

Assalamualikum wbt,

Kelmarin Zah terpaksa cuti kecemasan kerana tidak sihat. Keadaan cuaca yang amat panas membahang sudah beberapa bulan ini menjadikan tumbuh2an kekeringan menguning, tanah yang selalu bertakung air kelihatan merekah dek kerana ketiadaan air membasah bumi. Begitu juga manusia, mengalami kekeringan dan kehausan di bawah terik mentari. Tetapi tiba2 beberapa hari ini hujan turun dengan lebatnya, cuaca yang panas menjadi dingin serta merta. Apabila perubahan cuaca yang drastik terjadi, penyakit pun mula lah memainkan peranannya. Ditambah pula kerap mengambil ais kerana cuaca yang agak panas kebelakangan ini sebagai pemangkin kepada proses penularan wabak.

Asalnya anak kedua yang bersin2 dan batuk memanjang. Keadaannya tidak dapat digambarkan kalau sudah terkena selsema. Dia memang penghidap resdung, tetapi apabila diserang selsema, keadaannya berganda dari orang lain terutamanya apabila malam hari. Bersinnya tidak henti2 (non-stop) dalam satu hari, batuk dan diikuti dengan kahak. Bagaikan bernafas seperti orang penghidap asma, tercungap2. Hari kedua pula mula lah badan panas, virus/bakteria telah mula menyerang sistem badan. Zah cuma berikan sirup paracethamol. Dia menjalani rehat yang secukupnya.

Sebelum tidur, Zah buatkan teh yang dicampur dengan perahan limau nipis. Seperti yang Zah telah terangkan dalam entri lepas, limau dapat mengekalkan cathecin dalam air teh. Setelah minum 2 cawan, memang dapat dilihat hasil pemulihan dalam dirinya. Malam tersebut dia dapat tidur dengan lena tanpa sedikit pun bersin dan batuk. Sungguh ajaib kesan limau dalam memulih sistem tubuh manusia. Hal ini sudah Zah ketahui sudah agak lama kerana Zah telah menghadiri research talk salah seorang penyelidik yang membandingkan kesan pengubatan menggunakan 3 jenis limau iaitu limau purut, limau nipis dan limau kasturi yang telah dibentangkan kepada umum di tempat Zah bertugas. Hasil penyelidikan telah menemukan bahawa limau purut paling berkesan dan diikuti dengan limau nipis dan limau kasturi dalam pengubatan tubuh secara fizikal dan juga spiritual.

Hari berikutnya anak Zah telah aktif seperti biasa, bermain seperti biasa dengan adik beradiknya yang lain iaitu permainan kesukaan mereka iaitu bolasepak. Tetapi Zah nasihatkannya agar banyak berehat kerana tubuh badan baru pulih dari penyakit kena rehat secukupnya. Apabila sudah bermain masing2 kehausan, lalu mereka meminta untuk dibuatkan nescafe 2+1 dan cicah dengan biskut cream craker. Nampak berselera dengan air yang dihidangkan, mereka jarang dapat minum air nescafe disebabkan Zah jarang benarkan mereka minum kerana ianya tidak baik untuk kanak2 kerana kandungan kafein yang agak tinggi.
Malam tersebut mereka tidur tanpa makan malam kerena kekenyangan dengan biskut yang dimakan.

Waktu dinihari, zah terdengar suara anak kedua kembali batuk dan keluar dari bilik mengambil tisu untuk mengesat hingus yang keluar semula, diikuti dengan batuk2. Mulalah terfikir apa yang menyebabkan penyakitnya kembali datang. Hasil pencarian dari internet Zah dapati kafein dapat menghalang menyerapan mineral dan zat2 dalam tubuh menyebabkan immuniti tubuh akan menurun. Perasaan kesal ada juga kerana telah membenarkan dia minum nescafe petang sebelum itu tetapi segalanya telah terjadi. Selepas ini Zah mesti berhati2 dan lebih selektif dalam memilih makanan dan minuman kepada anak-anak terutamanya apabila mereka demam.

Dalam entri kali ini Zah ingin berkongsi beberapa tip untuk memicu/meningkatkan (boost) sistem imuniti tubuh, di antaranya adalah:

1) Minum air lemon/limau nipis - mengimbangi paras asid-alkali dalam badan
2) Tidur dengan secukupnya - badan perlukan minimum 6-10 jam rehat mengikut kesesuaian tubuh, setiap orang mempunyai kadar rehat yang berlainan.
3) Makan makanan berasaskan protein- protein adalah komponen utama dalam membina tubuh dan fikiran yang sihat.
4) Minum air putih dengan banyak-sakit kepala sering dikaitkan dengan kekurangan air dalam badan.
5) Hindari kafein - kafein mencuri mineral dan vitamin dari badan, dan menyahhidrat.
6) Hindari/kurangkan makan makanan yang mengandungi gula (refined sugar)
7) Banyakkan makan buah-buahan dan sayuran - sumber antioksidan yang tinggi.
8) Dapatkan bekalan vitamin D dari cahaya matahari
9) Pengambilan makanan herba seperti bawang putih, teh cammomile dan hijau,halia,halba dll
10) Senaman yang teratur (elok dilakukan semasa sihat).

Ini merupakan beberapa tip yang boleh kita dapatkan dari internet, terdapat banyak lagi saranan yang boleh kita perolehi dari hasil pencarian yang lebih banyak. Seeloknya tip di atas dilakukan sebelum terkena jangkitan sebagai pencegahan awal dan moga2 sistem badan kita mampu menghalang serangan penyakit dan diikuti dengan doa kepada Allah SWT supaya diberikan kesihatan tubuh badan dan dijauhi segala penyakit kerana ketahuilah bahawa nikmat kesihatan itu adalah yang terbaik di antara segalanya.

Thursday, March 1, 2012

Apabila stress melanda...

Assalamualaikum blogger semua.

Hari ini Jumaat, masa untuk bersantai di rumah. Sejak pulang kerja semalam hingga ke petang ini Zah tak ke mana2. Duduk di rumah sambil mengemas2 rumah yang sudah lama dibiarkan tanpa pengurusan yang sewajarnya sambil merehatkan diri di rumah.

Hari ini mahu bercerita pasal kawan yang telah Zah ziarah kelmarin di hospital. Kawan Zah ini berasal dari Pulau Pinang, apabila tamat pengajian PhD di Glasgow UK, beliau telah bekerja sebagai pensyarah biasa di tempat Zah bertugas. Beliau seorang yang kuat bekerja dan optimis dalam mengejar cita2. Tidak dapat disangkal lagi dalam masa yang singkat beliau telah mendapat gelaran prof. madya dalam usia yang masih muda sehingga ramai yang mencemburui kejayaan yang beliau kecapi. Ada yang mengossipkan kejayaannya itu atas sikap mengampu bos. Tapi semua itu tidak penting bagi Zah kerana Zah tahu beliau seorang yang gigih berusaha.

Namun begitu, dalam beberapa minggu ini beliau telah diserang sakit jantung, asalnya ketika mengangkat kain selimut yang berat dari mesin basuh, tiba2 dadanya sakit. Begitu juga tangan kiri dan belakang bahu sebelah kiri. Katanya sukar utk bernafas. Beliau telah dikejarkan ke hospital dan segala2nya telah tersedia untuk menempatkan beliau di unit CCU. Dalam beberapa hari beliau telah menjalani angiogram, hasil keputusannya didapati hampir 70% arteri block sedangkan paras kolesterol beliau adalah normal.

Apabila Zah menziarahi beliau kelmarin, sempat Zah bertanya keadaannya sekarang. Katanya dah beransur sihat dan punca penyakit beliau adalah stress. Stress telah overrules semua psysiologi badan. Buat masa sekarang beliau tidak dibenarkan berfikir banyak dan dinasihatkan berehat sehingga keadaan kembali normal.

Begitu hebatnya pengaruh stress ke atas badan manusia. Apabila kerja terlalu banyak, banyak berfikir dan masalah bertambah, tubuh tidak mampu melawan emosi dan tekanan yang mendatang, akibatnya tubuh akan menjadi lemah.

Semoga apa yang berlaku itu mempunyai hikmah yang perlu kita semua ambil sebagai ikhtibar. Jangan sampai kerja dan masalah yang melanda diri mengawal tubuh badan dan mengakibatkan kesihatan terjejas dan merudum.

Thursday, February 23, 2012

Progres rumah (part 4) vs selera

Assalamualaikum dan salam pertemuan.

Sejak akhir-akhir ini agak kurang masa melihat komputer di rumah apatah lagi nak update blog. Sibuk dengan pelbagai kerja rutin yang perlu dibereskan dan ditambah dengan satu kerja lagi iaitu memunggah barang2 sedikit demi sedikit ke rumah baru. Belum sempat nak sewa lori lagi kerana persekitaran rumah baru yang masih berantakan dengan pasir, batu, tanah dan batu-bata menyukarkan lori untuk menghampiri depan rumah. Sekarang proses hendak menyiapkan pagar yang mungkin memakan masa 2 minggu lagi. Dalam rumah boleh dikatakan 99% siap dan sudah boleh diduduki. Sijil pendudukan (CF) pun sudah diberi oleh arkitek, nampaknya arkitek pun sudah berpuashati dengan pembinaan rumah tersebut.

Sekarang boleh dikatakan 50% masa dihabiskan di rumah baru, setiap weekends akan melepak di situ untuk menyiapkan kerja2 yang ditinggalkan oleh tukang dan membersihkan persekitaran dan halaman yang masih tidak terurus, namun begitu setiap malam Zah akan balik tidur di rumah lama. Dapur dan perkakasan memasak masih di rumah lama, bila seharian berada di rumah baru nasi bungkus yang menjadi juadah kami tiap-tiap hari sehingga anak2 semuanya sudah bosan dan muak melihat nasi bungkus. Anak sulung, Izzat tiada selera makan dalam beberapa minggu kerana sudah jemu dengan hidangan yang sama, susah untuk melihatnya tidak berselera begitu.

Sehari dua ini, Zah telah membawa beras, rice cooker dan sedikit pinggan mangkuk ke sana. Sekurang2nya, nasi sudah boleh dimasak dan dimakan panas2 walaupun lauk2 lain masih lagi dibeli bungkus. Terasa jugak lah perbezaan dan lebih berselera daripada hanya memakan nasi bungkus yang telah sejuk dan kembang dalam bungkusan kertas.

Monday, January 23, 2012

Tahun naga datang lagi

Hari ini kaum tionghua merayakan tahun baru mereka, tahun ini merupakan tahun naga. Mengikut kepercayaan kaum cina, tahun naga membawa tuah. Seingat Zah pusingan tahun naga yang lepas adalah 12 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2000.

Pada tahun 2000, tahun naga adalah naga emas berkepala dua. Macamana Zah boleh tahu detail pasal tahun 2000 sedangkan ianya sudah hampir 12 tahun berlalu. Sebenarnya pada tahun 2000 Zah telah melahirkan anak pertama, semasa check-up bulanan di hospital ramai orang cina yang mengandung sama. Mereka sengaja mahu melahirkan anak pada tahun 2000 kerana kata mereka anak yang bakal lahir pada tahun tersebut akan membawa "ong" (tuah). Jururawat yang bertugas sampai tak terlayan ibu2 yang mengadakan prenatal check-up dan dari jururawatlah juga Zah tahu yang tahun 2000 merupakan tahun yang ditunggu2 oleh kaum cina untuk melahirkan anak.

Mungkin tahun 2012 sekali lagi masyarakat cina akan merancang untuk menimang cahaya mata. Mengikut kalendar lunar cina, tahun ini merupakan tahun naga hitam (black dragon) atau naga air (water dragon), tahun naga air datang setiap 60 tahun sekali. Setelah naga air, 12 tahun berikutnya adalah naga kayu. Entah ada banyak mana naga dalam sistem kiraan kalendar lunar cina. Yang Zah tahu kalendar hijri yang telah kita raikan pada awal muharram (1 muharram 1433H) yang jatuhnya pada 27 Nov 2011 baru2 ini.


Friday, January 13, 2012

Rawatan dengan Madu



gambar: hati wanita.wordpress.com


Sudah agak lama tak makan madu. Seingat Zah masa yang betul2 setia dan puntual makan semasa Zah diduga oleh Allah terkena penyakit mungkin disebabkan oleh saluran pencernaan hampir 8 tahun lalu. Mulanya Zah terjadi apabila tangan kanan dan sebelah kaki tidak boleh digerakkan (tiada rasa) selama beberapa minit. Kebetulan suami pulang dari menjemput adiknya dari tusyen malam (sekitar jam 10.00 mlm) mengetuk pintu rumah tetapi Zah bangun untuk membuka pintu dengan keadaan yang lemah begitu. Untuk menuju ke pintu dari bilik terasa susah, pintu pula terpaksa dibuka dengan tangan kiri kerana tangan kanan tidak boleh diangkat.

Setelah itu Zah jatuh ke lantai dan pandangan mata berpusing2. Zah dapat melihat lampu dan objek lain di atas kepala berpusing2, seolah2 terkena vertigo. Setelah itu rasa loya yang teramat sangat dan Zah merangkak untuk ke bilik air. Setelah memuntahkan angin dan air dari mulut barulah keadaan menjadi normal tetapi mata dan kepala masih terdapat sedikit berpinar.

Rentetan dari kejadian tersebut, esoknya Zah ke hospital iaitu klinik kecemasan untuk mendapatkan rawatan. Apa yang menyedihkan doktor perempuan muda yang bertugas merawat Zah seolah merasakan penyakit Zah tiada apa yang mencemaskan dan menegur kenapa Zah tidak pergi ke klinik biasa sahaja. Ubat yang diberi adalah ubat gastrik. Setelah peristiwa tersebut keadaan Zah kerap "naik angin", pedih ulu hati dan perut selalu kembung. Pernah Zah tidak dapat bangun beberapa hari. Beberapa bulan dalam tahun tersebut Zah kerap tidak dapat kerja dan mengambil cuti.

Di samping pengubatan moden, Zah juga berubat secara kampung dan pengubatan islam. Pelbagai penyakit mereka katakan kepada Zah. Perubatan moden mendiagnosis penyakit Zah sebagai "dyspepsia" iaitu kegagalan sistem pencernaan mencerna makanan yang diambil. Akhir sekali Zah memohon doktor agar menjalankan OGDS, hasil pemerhatian scope tersebut mendapati perut Zah sihat. Apabila Zah memohon untuk menjalankan ultrasound usus, doktor menidakkanya dan Zah diberi ubat omeperazol sahaja selama satu bulan. Tiba2 terjumpa kawan lama (pharmacist) yang memiliki sebuah farmasi menyatakan tidak elok mengambil ubat tersebut dalam jangkamasa lama kerana ianya akan membunuh mikroflora baik dan jahat di dalam usus kita. Nasihatnya Zah pakai, ketika itu Zah mencari rawatan alternatif lain.

Hasil pencarian dalam internet Zah mendapati madu adalah pilihan yang terbaik. Zah telah memilih madu khaula kerana semasa itu madu ini termashyur dalam perawatan pelbagai jenis penyakit kerana grednya yang tinggi. 2 botol telah Zah makan tanpa henti tiap2 hari. Rasa madunya yang sedap dan manis yang sederhana memikat hati penggemar madu.
gambar: www.khaula2u.com

Tidak sahaja madu, malah tamar juga merupakan rawatan kepada masalah sistem pencernaan. Tamar juga merupakan makanan yang dimakan untuk menghindari sihir. Oleh kerana pemakanan sunnah ini menampakkan kesan yang cepat dan baik pada kesihatan diri Zah, satu lagi Zah tambah iaitu air zam-zam. Kombinasi 3 makanan yang diambil secara berasingan tersebut sangat2 mujarab dan percayalah bahawa segala makanan yang disebut dalam Al-Quran adalah mempunyai rahsia yang luarbiasa dan menakjubkan jika kita mengamalkannya dengan istiqomah dan diikuti dengan doa kepada Allah SWT yang maha berkuasa. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang terbaik bagi orang islam yang manusia tidak ketahui dan diberi panduan kepada kita dalam kitabnya tetapi malangnya amat sedikit dari kita meyakininya.

Setelah kesihatan Zah beransur pulih, Zah telah bertukar kepada madu-madu yang lebih murah iaitu madu kampung dan madu HPA. Oleh kerana madu kampung sukar untuk mencari yang betul2 tulen dan madu HPA pula yang kehabisan stok akhir2 ini, agak bebarapa bulan ini Zah tidak mengamalkankannya lagi. Tubuh badan mula rasa lesu semula dan penyakit2 lain seolah2 mula bertandang kembali.

Teringat kembali pada satu jenama madu yang memang Zah pernah membacanya beberapa tahun yang lepas dalam internet dan kebetulan Allah SWT telah menemukan agen pengedar madu ini (yang merupakan pelajar di tempat Zah bertugas) semasa Zah mengunjungi satu pameran/ekspo makanan halal tetapi semasa itu tidak terbuka hati untuk membelinya kerana harganya yang mahal walhal sebelum ini Zah berminat untuk mencubanya. Hampir setahun berlalu ingatkan pelajar tersebut telah menamatkan pengajiannya, namun setelah surf di bawah keywords pengeluar madu ini ternyata nama pelajar ini merupakan stokis terbesar di kawasan tempat Zah bertugas. Dan dia masih ingat pertemuan kami semasa ekspo yang lalu dan selalu terlihat Zah dikantin di tempat Zah bekerja tetapi tidak sempat untuk menegur sapa kerana kesibukkannya yang masih sebagai pelajar tahun 4. Agak kebetulan bukan...

Sesungguhnya apa yang kita cari Allah SWT permudahkan, dalam banyak2 keluaran produk madu dari pengeluar ini, stokis mengesyorkan Zah mengambil madu yang ditambah dengan habbatusawda dan za'faran iaitu "MADU MASAD GOLD". Madu masad telah terbukti terbaik bagi rawatan pelbagai jenis penyakit, ini dapat kita baca dari testimoni pengamal2nya yang sembuh dengan izin Allah SWT. Madunya didatangkan dari timur tengah dan habbatusawda dari syria, hasil gabungan dan fermentasi yang optimum di kilangnya di Kedah barulah madu masad dijual kepada umum. Sekarang Zah telah menjadi ahli kepada jenama ini.
www.madumasad.com/

Setakat ini sudah seminggu Zah mengamalkannya dan insyaallah akan istiqomah mengambilnya. Apa yang Zah dapat rasakan, permulaan pengambilan madu ini mata terasa sangat mengantuk. Mesti diteruskan juga walau apa effect sekalipun. Setelah itu, zah dapat rasakan pecah bibir (disebabkan tergigit) cepat sembuh dan tidak melarat seperti biasa. Terdapat testimoni pengamalnya yang mengidap resdung beransur baik apabila minum produk minuman harian iaitu masad cafe, oleh yang demikian Zah telah menyedia minuman pagi masad cafe kepada anak2 sebelum ke sekolah terutamanya anak kedua yang mengidap resdung yang agak teruk. Kesannya tidak dapat dilihat lagi setakat ini. Kandungan masad cafe yang mengandungi campuran madu, habbatusawda, kismis dan badam juga dikatakan berpotensi mencergaskan minda kanak2 sekolah.

Friday, January 6, 2012

Quadrantid Meteor Shower

Credit to: http://abcnews.go.com/blogs/technology/2012/01/quadrantid-meteor-shower-pictures-from-winter-night/
Jan 4, 2012 11:14am

ht quadrantid meteor dm 120104 wblog Quadrantid Meteor Shower: Scenes from a Winter Night

A Quadrantid meteor. Image courtesy Dennis Boon

The Quadrantid Meteor Shower did have to happen on a cold night for many of us. Did you get up to look this morning? Did you do the brave thing and go back to bed?

Dennis Boon of Suffolk, England, says he took the image above at 5 a.m., local time, with his Canon SLR and posted it on his Flickr stream. He reports that he set his camera for a one-minute exposure with an extreme wide-angle lens, so that it took in most of the sky from his back garden. Overnight temperatures in southern England were in the upper 30s and low 40s.

Meteor showers — with apologies to those who saw nothing or froze their fingers — can be hit or miss. One can easily sit for half an hour without seeing a single meteor, or one can get lucky and suddenly see a cluster of shooting stars in quick succession. And the odds of success drop quickly if it’s at all hazy or there are city lights nearby.

Didier Schreiner, shooting from the town of Wormhout in northern France, captured a streak in the eastern sky just before dawn. “The wind was rather strong (you can see the blur on the trees) but the sky was clear,” he writes on Spaceweather.com “It allowed me to sight shooting stars from the Quadrantids shower for 1 hour before dawn despite the light pollution. This shooting star was the brightest I saw that morning.” Here’s how it came out; image used with permission:

ht meteor shower quadrantid ll 120104 wblog Quadrantid Meteor Shower: Scenes from a Winter Night

Meteor seen from Wormhout, France. Copyright Didier Schreiner

Glenn Wester said he took pictures “from the light polluted skies of Smithtown, New York,” and came away with the image below. As he explained it, he combined five of the best streaks he caught in a single composite image. Here’s the result, used with his permission:

ht quadrantid meteor shower ll 120104 wblog Quadrantid Meteor Shower: Scenes from a Winter Night

Composite image of Quadrantid meteor shower by Glenn Wester, Smithtown, N.Y.

Please let us know if you were up and had good luck.

“Woot!” wrote a Twitter user named Garrett Frankson. “Most meteors I’ve seen in a night. One sailed 45-50deg. Hourly rate was pushing 150 at times.”

Another man, who said he was on the West Coast, tweeted, “It was ABSOLUTELY worth staying up!!! The words to describe the beauty are simply beyond me.”

On the other hand, there was the woman who wrote, “Got up at 3:30am to #meteorwatch and saw two in an hour. If that’s a shower I’m never dating an astrologer, ever.”

Tuesday, January 3, 2012

Doa "Duduk Antara 2 Sujud"

Solat adalah tiang agama, perkataan yang sering kita dengar dari kecik lagi. Niat untuk melakukan perkara baik sudah mendapat pahala apatah lagi apabila berjaya menunaikannya.

Rukun solat sebanyak 13 semuanya sudah dihafal sekian lamanya tetapi amat sedikit dari kita yang memahami maksud perkataan yang telah dibaca semasa solat dikerjakan terutamanya doa2 yang sunat dilafaz semasa rukun-rukun tertentu.

Kita semua sedia maklum bahawa dalam solat terdapat ayat quran yang wajib dibaca seperti surah Al-Fatihah yang di dalamnya terkandung puja-puji kepada Allah SWT dan permintaan atau doa kita supaya ditunjuki jalan yang lurus, iaitu jalan yang dikurniakan nikmat kepada mereka dan bukan jalan yang sesat.

Rukun2 lain juga doa dibaca yang memuja Allah SWT dan cuma terdapat hanya satu rukun sahaja yang disunatkan kita membacanya khusus untuk diri kita sendiri iaitu " duduk antara dua sujud". Seringkali apabila berada dalam rukun ini, kita mahu menghabisinya dengan laju supaya solat dapat disudahi dengan cepat. Jahil dengan maksud disebaliknya kerana doa ini dibaca dalam bahasa arab dan jarang kita untuk merujuk maknanya melainkan bagi orang2 yang sangat2 perihatin akan terjemahannya.gambar: shidiq90.blogspot.com

Di sini Zah ingin kongsikan dengan pembaca sekalian terjemahan doa yang kita baca semasa berada dalam rukun "duduk di antara dua sujud" iaitu:-

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)


Jika kita mengetahui dan mengamati maksudnya ini nescaya kita akan berada lebih lama (qiam) dalam rukun ini kerana semuanya merupakan permintaan kepada Rab yang agung yakni merangkumi setiap segi aspek dalam kehidupan. Sama-samalah kita menghafal terjemahan ini semoga hidup diberkati di dunia dan akhirat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...